Lelaki mengamuk di lebuh raya di hantar ke Hospital Bahagia

June 17, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini memerintahkan seorang lelaki yang sebelum ini tular mengamuk di Lebuhraya PLUS di Kuala Kangsar, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, untuk tempoh 30 hari bagi pemantauan dan pemeriksaan psikiatri.

Hakim Rohaida Ishak mengeluarkan perintah itu terhadap Zainordin Mohamed, 36, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Muhamad supaya tertuduh dihantar ke hospital berkenaan bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah, lapor Bernama.

Nur Asmaniza berkata Zainordin tidak dalam keadaan waras sewaktu tempoh penahanan remannya, justeru perlu menjalani pemeriksaan serta pemeriksaan di hospital tersebut.

Zainordin mengaku bersalah atas pertuduhan itu serta dua lagi pertuduhan dan sewaktu pertuduhan dibacakan kepadanya, dia kelihatan bercakap seorang diri dalam keadaan yang tidak stabil dan sehingga diminta untuk menenangkan diri.

Bagi pertuduhan pertama, Zainordin didakwa melakukan khianat iaitu menendang cermin sisi sebelah kanan sebuah kereta sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200.

Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara tidak kurang setahun atau lebih lima tahun atau denda dan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Zainordin sebagai pemandu sebuah kereta jenis Toyota Vios, didakwa telah memberhentikan kenderaan tersebut di lorong kanan dalam kedudukan yang mungkin menyebabkan halangan kepada pengguna lain.

Pertuduhan mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan tidak kurang setahun atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di KM 253 Lebuhraya Utara Selatan Kuala Kangsar di sini, pada 6.09 petang pada 12 Jun lepas.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memasukkan dadah jenis ganja THC (Tetra Hydrocannibol) pada diri sendiri di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah Kuala Kangsar pada 3.40 petang, 14 Jun lepas.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Hakim menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula semua kes itu.

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Dijangka 1.9 juta kenderaan pulang ke kampung sempena PRN
August 10, 2023· Isu semasa
Laporan psikiatri sahkan Yasin tidak waras
July 6, 2023· Isu semasa
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok