‘Lelaki lembut’ mati selepas ambil suntikan besarkan punggung

January 26, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki dikatakan berperwatakan lembut yang baru mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung daripada peniaga kosmetik ditemukan meninggal dunia dalam bilik hotel di Teluk Intan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berusia 31 tahun itu datang ke hotel berkenaan bersama rakannya pada jam 9 pagi bagi mendapatkan suntikan daripada seorang wanita dari Melaka dengan kos sebanyak RM500.

“Si mati meminta izin untuk berehat di dalam bilik kerana merasa penat selepas selesai suntikan pada kira-kira pukul 12 tengah hari sambil ditemani rakannya manakala wanita itu keluar dari hotel untuk pulang ke Melaka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata si mati kemudian disedari tidak bernafas ketika terbaring pada kira-kira 3 petang sebelum rakannya menghubungi wanita itu yang datang semula ke hotel dan mendapati lelaki itu sudah tidak bergerak, lapor Bernama.

Menurutnya pihak polis segera ke hotel terbabit sebaik dimaklumkan kejadian itu dan menemukan si mati terbaring di atas katil dengan memakai baju dan tuala serta bertutup dengan selimut.

Ahmad Adnan berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir bersama ambulans dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Katanya hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah disebabkan paru-paru bengkak dan berair namun setakat ini doktor tidak dapat mengaitkan punca kematian akibat suntikan yang diambil si mati.

Beliau berkata tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR).

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok