Lelaki ditembak mati di Sungai Petani baharu pimpin kongsi gelap

May 26, 2022 · Isu semasa

Lelaki disyaki anggota kongsi gelap yang ditembak mati di Sungai Petani semalam, baharu sahaja diangkat sebagai pemimpin tertinggi kumpulan baru-baru ini.

Perkara itu terbongkar selepas polis menahan individu yang menemani lelaki itu dan keluarganya ke sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, sebelum kejadian.

NST memetik sumber sebagai berkata, rakannya berusia 34 tahun itu mengaku turut menganggotai kumpulan kongsi gelap itu.

“Lelaki berkenaan mengaku ahli kumpulan kongsi gelap itu. Dia mendakwa mangsa baharu sahaja dilantik sebagai ketua kumpulan itu.

“Dia secara mutlak menafikan penglibatannya dalam insiden tembakan itu walaupun berada di lokasi semasa kejadian,” kata sumber sambil menambah polis telah mendapatkan perintah reman terhadap lelaki itu untuk memudahkan siasatan lanjut.

Satu lagi sumber dipetik berkata berikutan pendedahan yang dibuat oleh lelaki yang ditahan itu, polis sedang menyiasat jika pembunuhan S Murali, 36, dicetuskan oleh rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota yang berebut kuasa dalam kumpulan itu.

“Terdapat pelbagai kemungkinan membawa kepada pembunuhan ketua kumpulan itu termasuk unsur-unsur ketidakpuasan hati atau perebutan kuasa dalam kongsi gelap itu sendiri, memandangkan mangsa dikatakan baharu dilantik sebagai ketua.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan lain seperti perang berebut kawasan atau tindakan membalas dendam dalam kalangan kumpulan kongsi gelap,” tambah sumber itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G Suresh Kumar mengesahkan penahanan rakan Murali.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas kerana siasatan sedang dijalankan.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, Murali maut di tempat kejadian apabila ditembak lapan das di badan dan muka dari jarak dekat di sebelah kenderaan pelbagai guna miliknya.

Murali yang ditemani isteri dan anaknya bersama seorang rakannya baharu sahaja selesai membeli makanan untuk dibawa pulang.

Dia berjalan ke kenderaan itu terlebih dahulu tetapi didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal yang melepaskan tembakan sebelum melarikan diri.

Dilaporkan bahawa isteri dan anaknya masih berada di dalam restoran ketika dia ditembak mati.

Ketua Polis Kedah Pesuruhjaya Wan Hassan Wan Ahmad berkata Murali dikehendaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) berhubung aktiviti berkaitan kumpulan kongsi gelap dan pengedaran dadah.

Berita berkaitan
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu· Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu· Isu semasa
Kertas siasatan Dr Mahathir dirujuk ke Peguam Negara Selasa ini
22 jam lalu· Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Kerajaan jamin tindakan terhadap Telegram tidak terlalu jejaskan pengguna
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok