Lelaki didenda RM4,000 kerana menyamar Raja Muda Perak

August 22, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai Raja Muda Perak pada Jun lepas.

Mahkamah juga memerintahkan Mohammad Fadhil Lope, 39, yang bekerja kampung itu menjalani hukuman penjara selama tempoh 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan, lapor Bernama.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohammad Fadhil dituduh memperdaya Muhammad Faizal Azli Md Salleh yang bertugas di Pejabat Tuanku Sultan Kedah dengan menyamar supaya mempercayai bahawa tertuduh adalah Raja Muda Perak untuk dibenarkan berjumpa dengan Sultan Kedah.

Tertuduh yang membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Zulhilmi Latif didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini, pada kira-kira 11.30 pagi, pada 28 Jun lepas.

Mohammad Fadhil dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, semasa Muhammad Faizal Azli sedang bertugas, tertuduh hadir memperkenalkan diri dengan menggunakan satu kad pengenalan berwarna kuning dan ketika kad itu diperiksa mendapati butiran yang tertera adalah di bawah nama ‘Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perak Tuanku Tun Mamat Fadhil Duke Of Royal Malaysia’.

Kemudian selepas semakan dibuat dengan Ketua Protokol dan Istiadat Negeri Perak mengesahkan bahawa tiada kerabat diraja bernama sedemikian.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhammad Syafiq Ahmad.

Berita berkaitan
Menyamar polis dan samun, tiga lelaki ditahan
April 15, 2022· Isu semasa
Penganggur menyamar pegawai khas dipenjara lapan bulan
April 6, 2021· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
18 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
18 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
21 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok