Lelaki ceroboh lokasi tanah runtuh bekas anggota Pertahanan Awam

March 16, 2022 · Isu semasa

Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengesahkan seorang lelaki yang dikatakan memasuki lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini Khamis lalu, adalah bekas anggotanya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur Kapten (PA) Mazran Mohamad berkata pelantikan lelaki itu tamat pada 9 Januari lalu dan keanggotaannya dalam pasukan itu tidak disambung.

“Individu itu telah diputuskan tidak disambung keanggotaan melalui peruntukan Kaedah 27 Kaedah-kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970, tidak boleh didaftar semula di mana-mana premis serta Pejabat Pertahanan Awam seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan APM itu dikeluarkan bagi menjelaskan kedudukan lelaki terbabit dalam pasukan itu, selepas dia dikatakan masuk ke lokasi bencana yang merupakan kawasan larangan tanpa kebenaran, dan dikhuatiri menjejaskan keselamatan pasukan carian serta mengganggu usaha mencari dan menyelamat.

Rakaman video, yang antara lain memaparkan seorang pegawai APM dilihat ingkar terhadap arahan Komander Operasi Bencana yang juga Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asistem Komisioner Mohamad Farouk Eshak, supaya tidak memasuki kawasan itu tular di media sosial baru-baru ini.

Semalam seorang pegawai kanan kerajaan adalah antara tujuh pegawai dan anggota APM yang dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung video tular semasa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 yang mengorbankan empat nyawa.

Mazran berkata APM akan terus bekerjasama dengan semua agensi sama ada dalam situasi aman atau semasa bencana dan mengalu-alukan semua warga Malaysia untuk memahami skop, peranan dan tanggungjawab APM.

“APM adalah sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah dan satu daripada pasukan penyelamat utama di zon merah,” katanya.

“APM juga akan sentiasa bersama semua warganya yang berkhidmat mengikut peraturan dan perundangan sedia ada dalam melindungi nyawa dan harta benda,” katanya.

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Jalan Syed Putra, seorang disahkan maut tertimbus
May 4, 2023· Isu semasa
Penghuni kuarters Akademi SPRM dipindah susulan tanah runtuh
April 26, 2023· Isu semasa
Anggota APM dari Negeri Sembilan dikerah bantu mangsa banjir di Johor
March 5, 2023· Isu semasa
Kejadian tanah runtuh di Batu Gajah, 28 penduduk dipindahkan
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
24 minit lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok