Lelaki, anak ditahan tembak kucing jiran

June 21, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki dan anak lelakinya kerana dipercayai menembak seekor kucing peliharaan jiran mereka bernama ‘Molly’ dalam kejadian kira-kira 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di rumahnya jam 8 malam semalam manakala anak lelakinya berumur 27 tahun ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah jam 2.30 petang tadi.

“Punca kejadian dipercayai suspek berasa marah dengan kehadiran kucing berwarna putih bertompok hitam itu yang telah memasuki rumahnya dan menembak haiwan itu menggunakan senapang angin.

“Kejadian itu disedari tuannya yang berusia 44 tahun dan membawa Molly mendapatkan rawatan di klinik haiwan selepas mendapati kucingnya muntah darah selain belakang badannya terdapat luka kecil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata doktor yang merawat Molly telah memaklumkan kepada lelaki tersebut bahawa kucingnya telah ditembak dan terdapat geguli besi dalam badan haiwan itu serta tidak dapat diselamatkan.

Susulan itu Christopher berkata satu laporan dibuat oleh pemilik kucing itu dan diambil tindakan oleh Cawangan D9 IPD Melaka Tengah yang turut merampas satu laras senapang angin, beberapa alatan yang dipercayai alat ganti senjata itu serta 17 butir peluru penabur.

Katanya kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Sesyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015. – Bernama

Berita berkaitan
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku, kata saksi dalam kes Altantuya
May 18, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
2 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
2 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
4 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok