Leka berhibur, 47 termasuk pemilik kelab dikompaun RM280 ribu

May 9, 2021 · Isu semasa

Kompaun sebanyak RM280,000 dikenakan terhadap 47 individu termasuk pemilik sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pihak polis menerima maklumat dan hasil risikan sebelum menyerbu premis itu pada pukul 1.00 pagi.

Hasil serbuan, didapati semua mereka yang berumur antara 20 dan 57 tahun termasuk 16 wanita itu, sedang berhibur di pusat hiburan berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong.

“Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka sedang leka berhibur, dan sebaik menyedari kehadiran polis ada di antara mereka yang cuba meloloskan diri malah ada bertindak memanjat tembok untuk melarikan diri, namun tindakan pantas polis mengepung kawasan itu telah berjaya menahan 46 pengunjung di situ,” katanya lapor Bernama.

Katanya polis turut menahan seorang lelaki yang merupakan pemilik pusat hiburan itu selepas mendapati semua pengunjung dilihat berhibur di premis berkenaan dalam keadaan sesak tanpa penjarakan fizikal.

“Kesemua pengunjung dikenakan dikompaun RM5,000 tiap seorang, manakala pemilik pusat hiburan itu dikenakan kompaun RM50,000, menjadikan jumlah keseluruhan kompaun RM280,000,” katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
16 minit lalu· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
11 minit lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
23 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok