Lebuh raya utama mula sesak dengan kenderaan petang ini

February 2, 2022 · Isu semasa

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pada petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dari utara dilapor perlahan bermula dari Sungai Petani, Kedah ke Bertam, Pulau Pinang dan Juru ke Bukit Tambun, menurut laporan Bernama.

“Keadaan trafik turut dilapor perlahan dari Bidor ke Sungkai, Tambun ke Gua Tempurung, dan Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban,” katanya.

Selain itu, aliran trafik juga didapati perlahan dari selatan melibatkan Yong Peng ke Pagoh, Bukit Gambir ke Tangkak dan Ayer Keroh menuju Port Dickson berikutan aliran trafik yang meningkat.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 didapati lancar di kedua-dua arah setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Berita berkaitan
Pemandu treler terlibat nahas maut empat beranak mengaku tidak bersalah
July 21, 2022· Isu semasa
MP DAP bidas konvoi pengiring didakwa bawa Najib jadi punca kesesakan
July 10, 2022· Politik
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022· Isu semasa
Lelaki mengamuk di lebuh raya di hantar ke Hospital Bahagia
June 17, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Bursa Malaysia ditutup rendah
6 minit lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
19 minit lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
2 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok