Lebuh raya menghala ke KL sesak, orang ramai mula pulang selepas hari raya

May 4, 2022 · Isu semasa

Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke ibu kota mengalami kesesakan teruk berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti di kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 10 malam tadi, di bahagian utara, trafik menghala ke Kuala Lumpur di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilaporkan sesak di Alor Setar sehingga Sungai Petani Selatan, Kedah, dan di Perak kesesakan berlaku di Bukit Merah menuju ke Changkat Jering, Bukit Berapit menuju ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Tapah ke Sungkai, lapor Bernama.

“Di selatan pula trafik di lebuh raya PLUS dilaporkan sesak di Johor dari Pagoh ke Jasin, Melaka dan Simpang Ampat ke Seremban, Negeri Sembilan, bagi trafik dari arah pantai timur menghala ke ibu kota trafik sesak di laluan Karak menuju ke Bentong sehingga ke Lentang, trafik juga sesak di Plaza Tol Gombak menuju ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagi arah ke utara, trafik di lebuh raya PLUS dari Tapah ke Ipoh, Terowong Menora ke Bukit Berapit dan Bandar Baharu ke Jawi mengalami kesesakan sementara arah ke selatan kesesakan berlaku dari Pagoh ke Yong Peng dan Simpang Renggam ke Kulai.

Berita berkaitan
Trafik di lebuh raya utama seluruh negara meningkat
January 20, 2023· Isu semasa
Banjir lebat KL, terowong SMART ditutup bagi hadapi banjir
December 10, 2022· Isu semasa
PRU-15 : Terminal bas, tren ke utara, selatan, pantai timur sesak
November 18, 2022· Politik
PRU-15 : Tol Gombak sesak sampai 17km
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok