Lebuh raya ke utara dan selatan dipenuhi kenderaan, aliran trafik perlahan

May 3, 2022 · Isu semasa

Aliran trafik di beberapa lebuh raya serta jalan utama menuju ke utara dan selatan, bergerak perlahan malam ini berikutan masih ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena Aidilfitri hari ini.

Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 malam ini mendapati, aliran trafik perlahan di laluan Simpang Pulai ke Ipoh (Selatan), menurut laporan Bernama.

Selain itu, aliran trafik juga perlahan di laluan dari Sedenak ke Hentian Sebelah Kulai arah selatan, dengan jangkaan kelewatan masa perjalanan.

Sementara itu, maklumat awal LLM memaklumkan terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta di Kilometer 20 arah barat dari Batu Kawan ke Batu Maung, pada pukul 9.47 malam tadi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok