Lebih setengah juta remaja 12 hingga 17 tahun terima dos pertama: Khairy

September 23, 2021 · Isu semasa

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan – Remaja (PICK Remaja) menunjukkan permulaan yang memberangsangkan apabila sehingga semalam, lebih 500,000 remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata PICK Remaja di Sabah mendahului negeri lain dengan 56 peratus daripada remaja mendaftar di sekolah menerima suntikan masing-masing.

“Sehingga semalam, lebih setengah juta remaja (12-17 tahun) menerima sekurang-kurangnya satu dos di bawah PICK Remaja,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Sementara itu Khairy juga berkata sebanyak 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara mula beroperasi hari ini bagi melaksanakan program PICK Remaja.

“Vaksinasi akan dibuat menerusi tiga kaedah,” katanya yang menyarankan ibu bapa mengenal pasti kategori dan kaedah bagi anak-anak mereka bagi melancarkan proses vaksinasi.

Tiga kaedah yang ditawarkan ialah janji temu melalui MySejahtera, vaksinasi berjadual membabitkan PPV dan PPV sekolah, serta ‘walk-in’ di mana-mana 156 PPV berkenaan.

Janji temu melalui MySejahtera menyasarkan sekolah berasrama penuh, sekolah pendidikan khas berasrama dan sekolah asrama harian. Tarikh dan lokasi vaksin akan diberitahu melalui aplikasi MySejahtera.

Bagi vaksinasi berjadual di 156 PPV dan PPV sekolah pula, kumpulan sasaran adalah pelajar sekolah harian, sekolah pendidikan khas harian dan sekolah antarabangsa. Pihak sekolah akan memaklumkan kepada waris mengenai jadual vaksinasi di sekolah, sementara pelajar yang telah menerima jadual vaksinasi mesti hadir di PPV yang ditetapkan.

Bagi kaedah ‘walk-in’ pula, PICK Remaja menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan remaja tidak bersekolah. Mereka boleh ‘walk-in’ di mana-mana 156 PPV.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Lebih 10 juta dos vaksin sudah diberi
July 8, 2021
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Aliran masuk pelaburan asing pada 2022 meningkat RM74.6 bilion: Perangkaan
June 16, 2023
2,500 guru enggan divaksin diberi tugas lain di sekolah
September 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok