
Banyak misteri berkaitan Omicron, yang mempunyai lebih daripada dua kali ganda bilangan mutasi berbanding varian Delta. - Gambar fail TNS
Lebih setengah juta kanak-kanak di Malaysia yang berusia lima hingga 12 tahun ke bawah telah menerima dos pertama vaksin comirnaty Pfizer sejak PICKids yang dilancarkan 3 Februari lalu.
Semalam sahaja seramai 58,894 kanak-kanak menerima suntikan itu, menjadikan keseluruhannya seramai 513,393 kanak-kanak menerima vaksin Covid-19 itu.
Selain itu Kementerian Kesihatan (KKM) turut memaklumkan 59.5 peratus atau 13,992,391 individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak masing-masing sejak dilancarkan 13 Oktober tahun lalu.
Laman sesawang Covidnow yang dikemas kini pagi ini juga menunjukkan seramai 22,944,158 atau 97.5 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi.
Seramai 23,221,715 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sementara itu, sejak 8 September tahun lalu, seramai 5,683,688 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.
Daripada jumlah itu seramai 2,798,806 atau 90.0 peratus remaja telah lengkap divaksinasi, manakala 2,884,882 atau 92.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Keseluruhannya sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu hingga semalam, lebih 66.14 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.
Daripada jumlah itu, 25,742,964 atau 78.8 peratus telah lengkap divaksinasi, dan 26,619,990 atau 81.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.