Lebih setengah juta dos vaksin Covid-19 diberikan semalam

July 23, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 semalam mencatat rekod tertinggi apabila 507,050 dos suntikan diberikan kepada penerima di seluruh negara sejak program vaksinasi peringkat kebangsaan dilancarkan Februari lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam perkongsian di Twitter beliau hari ini berkata, daripada jumlah itu sebanyak 335,977 dos membabitkan penerima pertama, manakala 171,073 lagi penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Katanya Selangor kekal merekodkan jumlah pemberian tertinggi harian iaitu sebanyak 131,222 dos membabitkan 95,278 suntikan pertama dan 35,944 individu melengkapkan dos kedua masing-masing.

Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 88,383 dos membabitkan 56,524 dos pertama dan 31,859 dos kedua; Sarawak – 53,579 (10,216 dos pertama dan 43,363 dos kedua); Johor – 36,369 (31,707 dos pertama dan 4,662 dos kedua); Perak – 31,671 (20,568 dos pertama dan 11,103 dos kedua); dan Pulau Pinang – 30,055 (23,391 dos pertama dan 6,664 dos kedua).

Data 22 Julai 2021

Dr Adham berkata jumlah harian terbaharu itu menjadikan keseluruhan pemberian dos di seluruh negara meningkat kepada 16,024,916 dos membabitkan 10,920,861 dos pertama dan 5,104,054 dos kedua.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal merekodkan jumlah tertinggi pemberian vaksin 5,903,315 dos membabitkan 4,434,069 dos pertama dan 1,469,246 dos kedua.

Sarawak di tempat kedua dengan 2,670,938 membabitkan 1,617,938 dos pertama dan 1,053,000 dos kedua; dan Johor ketiga sebanyak 1,180,931 (789,971 dos pertama dan 390,960 dos kedua).

Sebelum ini jumlah tertinggi pemberian dos vaksin Covid-19 direkodkan kelmarin (21 Julai 2021) membabitkan 446,052 suntikan.

Data 22 Julai 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok