Lebih separuh populasi Malaysia sudah terima vaksin Covid-19

August 12, 2021 · Isu semasa

Lebih separuh daripada keseluruhan populasi Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19 sejak dilancarkan Februari lalu, menurut data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), hari ini.

Dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok di seluruh negara, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memperhebatkan pemberian vaksin kepada penduduk negara ini.

Sejak bermula PICK hingga 11 Ogos 2021, lebih 25.68 juta dos vaksin telah diberikan membabitkan 16,347,422 dos pertama atau 50.1 peratus daripada populasi penduduk, dan 9,516,141 dos kedua (29.1 peratus).

Sementara 69.8 peratus penduduk dewasa pula menerima suntikan dos pertama dan 40.7 peratus lagi melengkapkan dos kedua masing-masing.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya – dua negeri yang mencatatkan bilangan jangkitan Covid-19 tertinggi di Malaysia – merekodkan jumlah tertinggi pemberian vaksin iaitu sebanyak 9,899,269 dos.

Berdasarkan data yang dikeluarkan hari ini juga lima lagi negeri mencatatkan jumlah pemberian vaksin tertinggi iaitu Sarawak sebanyak 3,360,531 dos; Johor (2,119,544 dos); Sabah (1,702,225 dos); Perak (1,541,781 dos); dan Pulau Pinang (1,341,043 dos).

Semalam sahaja sebanyak 497,352 dos pertama dan kedua diberikan di seluruh negara dengan jumlah tertingginya kekal di Selangor membabitkan 108,815 dos.

Jumlah pecahan pemberian harian vaksin di seluruh negara pada 11 Ogos 2021.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
1 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
4 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
3 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok