Lebih sejuta remaja, 94 peratus dewasa telah lengkap divaksin

October 20, 2021 · Isu semasa

Lebih sejuta remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing sehingga semalam, umum Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan KKM menerusi laman sesawang COVIDNOW hari ini, 1,039,689 atau 33 peratus remaja telah melengkapkan suntikan vaksin dua dos masing-masing sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dilancarkan 20 September lalu.

Sementara itu, sebanyak 79.1 peratus atau 2,491,822 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan daripada vaksin dua dos.

Keseluruhanya 3,531,511 dos diberikan golongan remaja dengan semalam sahaja sebanyak 106,858 dos diberikan, membabitkan 98,729 remaja lengkap divaksin dan 8,129 lagi menerima dos pertama, manakala 20.9 peratus remaja yang disasarkan belum divaksin.

Pada masa sama, KKM memaklumkan sehingga semalam, 94 peratus atau 22,013,263 individu dewasa di seluruh negara telah lengkap menerima vaksin masing-masing.

Statistik yang dikeluarkan juga menunjukkan sehingga semalam 97.2 peratus atau 22,764,203 lagi populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Dalam tempoh sama juga seramai 32,121 individu yang layak telah menerima suntikan dos penggalak.

Keseluruhannya 44,649,600 dos telah diberikan kepada individu dewasa sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu.

Semalam sahaja sebanyak 27,826 dos diberikan membabitkan 19,846 individu dewasa lengkap divaksin, 6,615 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 1,365 menerima dos penggalak.

Bagi keseluruhan populasi yang layak menerima vaksin Covid-19 di negara ini, 70.6 peratus atau 23,052,952 individu telah lengkap divaksin, dan 77.3 peratus atau 25,256,025 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 134,684 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 118,575 individu melengkapkan vaksinasi dan 14,744 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok