Lebih sejuta peniaga bakal terima Geran Khas Prihatin 3.0 Khamis

June 8, 2021 · Isu semasa

Lebih sejuta perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) bakal menerima Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 sebanyak RM1,000 bermula Khamis ini secara berperingkat membabitkan implikasi kewangan hampir RM1 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata bayaran itu akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai hari ini di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Katanya, bayaran tambahan sebanyak RM500, membabitkan peruntukan hampir RM500 juta akan dibayar pada Julai depan menjadikan jumlah keseluruhan GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion.

Beliau berkata menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan pada 17 Mac lalu, kerajaan memutuskan pemberian GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih sejuta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing.

“Pada 31 Mei lalu, melalui program PEMERKASA+, kerajaan mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di mana jumlah tambahan sebanyak RM500 akan dibuat, menaikkan jumlah bayaran kepada RM1,500 bagi setiap PKS mikro.

“Ini bermakna, jumlah bayaran GKP 3.0 adalah sebanyak RM1.5 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul menambah, secara keseluruhan, sejumlah RM5.08 bilion sudah dan akan disalurkan kepada hampir sejuta PMKS di bawah GKP sejak COVID-19 melanda negara.

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PMKS ini akan meringankan beban mereka, terutama mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan tak tentukan kenaikan OPR, kata Menteri Kewangan
September 17, 2022· Isu semasa
Kejatuhan ringgit tidak menyebabkan krisis ekonomi bagi Malaysia: Tengku Zafrul
September 13, 2022· Isu semasa
Pertumbuhan KDNK mungkin lepas anggaran rasmi: Tengku Zafrul
September 12, 2022· Isu semasa
Kerajaan pertimbang cadangan MPN supaya PKS diberikan moratorium
September 12, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
1 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
2 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok