Lebih sejuta pelancong tiba sejak sempadan dibuka 1 April

June 4, 2022 · Isu semasa

Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini, sejak pembukaan semula sempadan pada 1 April lepas.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebahagian besar daripada jumlah itu adalah dari Singapura dan dijangkakan lebih ramai lagi pelancong, terutamanya dari Jepun, Iran dan Korea, akan datang ke Malaysia.

“Pada dua bulan lepas kita telah menerima kira-kira 600,000 pelancong dari Singapura dan saya rasa kini telah melebihi satu juta, untuk negara itu sahaja.

“Bagi pelancong negara lain, kita belum dapat memberi jumlah yang tepat kerana masih menunggu maklum balas pihak yang berkenaan, tetapi memadai untuk dikatakan kita telah mencapai lebih separuh daripada apa yang disasarkan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Livery Pesawat Firefly Airlines dan Kempen #Gojalanlah di Shah Alam, hari ini.

Menurutnya prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ‘mesra pelancong’ juga diyakini mampu menjadi daya tarikan bagi kedatangan lebih ramai pengunjung luar negara ke Malaysia.

“Orang seronok dengan SOP kita yang tidak mewajibkan kuarantin, ujian pengesanan Covid-19 dan insurans, sebaliknya terpulang kepada pelancong untuk berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya industri pelancongan negara masih berhadapan dengan masalah kekurangan pekerja impak daripada wabak Covid-19, termasuk terdapat pekerja hotel takut untuk kembali bekerja kerana ketidaktentuan industri itu yang mungkin ditutup semula.

Dalam pada itu, Nancy berkata pihaknya masih belum menerima pengesahan mana-mana hotel yang terpaksa ditutup kesan daripada Covid-19, namun beliau dimaklumkan sesetengah hotel ditutup sementara untuk kerja pengubahsuaian dan ada yang diguna semula untuk tujuan lain.

Mengenai #Gojalanlah, beliau berkata kempen itu adalah kerjasama pintar Firefly bersama Tourism Malaysia, bagi menyokong usaha kerajaan menyemarakkan lagi promosi pelancongan domestik.

Kempen tersebut menawarkan pembelian tiket penerbangan berserta hotel penginapan pada harga diskaun sehingga 35 peratus, dengan tempahan boleh dibuat di www.fireflyz.com.my hingga 30 Jun ini bagi tempoh perjalanan sehingga 31 Disember. – Bernama

Berita berkaitan
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Malaysia belum bercadang tutup sempadan cegah penularan cacar monyet
May 28, 2022· Isu semasa
Trafik antarabangsa di lapangan terbang tempatan meningkat: MAHB
May 23, 2022· Isu semasa
8 cabang perlu jalankan undi semula, keputusan pemilihan PKR ditangguh
May 23, 2022· Politik
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
8 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok