Lebih ramai penerima dos penggalak dijangkiti Covid-19

Jangkitan harian positif Covid-19 yang melibatkan penerima dos penggalak vaksin Covid-19, didapati masih mengatasi jumlah kes dalam status lain penerima vaksin dan individu yang tidak divaksinasi.

Data Github Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan jumlah penerima dos penggalak yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 mula mencecah lima digit pada 22 Februari lalu apabila mencatat 10,323 kes.

Pada hari itu negara merekodkan 27,179 jangkitan baharu dengan 11,749 kes melibatkan individu yang lengkap divaksinasi, 4,842 tidak divaksinasi dan 265 belum lengkap divaksinasi.

Jumlah tertinggi individu dewasa yang menerima dos penggalak dan dijangkiti Covid-19 adalah pada 11 Mac lalu membabitkan 18,148 kes.

Semalam (19 April), seramai 3,414 daripada 6,069 individu yang dijangkiti Covid-19 adalah penerima doa penggalak, manakala 1,654 lagi menerima dua dos; 676 individu tidak divaksinasi; dan 325 belum lengkap divaksinasi.

Berikut adalah kumulatif positif sejak awal 2020 lalu hingga semalam mengikut status vaksinasi:

  • Tidak divaksinasi – 1,955,771 kes;
  • Dua dos – 1,237,422 kes;
  • Dos penggalak – 779,647 kes; dan
  • Belum lengkap vaksinasi – 429,394 kes.

Daripada 12 kes kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan semalam, lima membabitkan individu yang tidak divaksinasi; empat kes penerima dos penggalak; dan lengkap vaksinasi (tiga).

Sejak awal 2020 hingga semalam seramai 35,449 kematian dilaporkan dengan 22,024 melibatkan individu tidak divaksinasi; 6,446 (menerima dua dos); 6,280 (belum lengkap vaksinasi); dan 698 penerima dos penggalak.

Berikut adalah 45 kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dicatat semalam mengikut status vaksinasi, umur dan komorbid masing-masing:

  • Penerima dos penggalak – 18 kes;
  • Penerima dua dos – 18 kes;
  • Tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi – sembilan kes;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas – 21 kes; dan
  • Mempunyai komorbid – 26 kes.

BERITA BERKAIT
POPULAR