Lebih dua pertiga MP sokong Dewan Rakyat lulus pindaan Perlembagaan

March 24, 2022 · Isu semasa

Pindaan Perlembagaan 2022, yang antara lain bertujuan mengadakan peruntukan ketidakpakaian Perkara 119 kepada Raja-raja berhubung pendaftaran pemilih diluluskan Dewan Rakyat hari ini dengan sokongan lebih dua pertiga Ahli Parlimen (MP).

Rang undang-undang yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu diluluskan setelah melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 178 Ahli Parlimen bersetuju manakala 42 tidak hadir.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Wan Junaidi berkata pindaan terhadap Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu adalah susulan daripada pelaksanaan kelayakan umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik, lapor Bernama.

Beliau berkata dengan rang undang-undang itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk membuat pengecualian kepada Raja Pemerintah dan pasangan, Yang Dipertua negeri dan pasangan, bakal raja, waris ganti dan waris lain raja dan pasangan serta mana-mana orang lain daripada didaftarkan sebagai pemilih secara automatik supaya kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

“Memang saya sangat bersetuju bahawa Raja-raja mesti bersikap neutral dalam semua sudut dan itulah semangat dan hakikat rang undang-undang ini.

“Dalam keadaan sedemikian kita memberi ruang dan peluang supaya pihak Istana melihat neutral dalam semua sudut dan tidak timbul persoalan sama ada Raja boleh mengundi atau tidak mengundi,” katanya.

Bagaimanapun pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Seramai 14 Ahli Parlimen dari kerajaan dan blok pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu dengan rata-rata menyokong rang undang-undang tersebut.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam kenyataan berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan di Dewan Negara minggu depan.

Beliau berkata selanjutnya, senarai lengkap pengecualian setiap negeri akan dibawa melalui suatu perintah yang akan diwartakan kemudian selepas mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 antara lain menghendaki seseorang warganegara yang mencapai umur 18 tahun dan layak untuk mengundi didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Usia minimum mengundi rakyat Malaysia direndahkan kepada 18 tahun berbanding 21 sebelum ini, selepas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan seterusnya oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

Berita berkaitan
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
June 8, 2023· Politik
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023· Isu semasa
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok