Lebih 9.24 juta penduduk lengkapkan suntikan vaksin Covid-19

Lebih 9.24 juta penduduk Malaysia telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 masing-masing sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu sehingga Selasa 10 Ogos 2021.

Dalam tempoh itu lebih 16.1 juta lagi telah menerima suntikan dos pertama, menurut data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), hari ini.

Secara keseluruhan 25,366,211 dos vaksin telah diberikan dalam tempoh itu.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan jumlah pemberian vaksin tertinggi dengan hampir 6.3 juta menerima dos pertama dan lebih 3.43 juta menerima dos kedua.

Semalam sahaja sebanyak 357,981 dos pertama dan kedua telah diberikan, dengan 160,320 daripadanya membabitkan dos pertama dan 197,661 dos kedua.

Selangor merekodkan jumlah pemberian tertinggi dengan 22,293 penerima dos pertama dan 80,526 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

BERITA BERKAIT
POPULAR