Lebih 9.04 juta terima dos penggalak

January 15, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah individu dewasa yang telah menerima dos penggalak, yang semakin terbukti mampu mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian akibat jangkitan Covid-19, meningkat melebihi 9 juta orang.

Menerusi kemas kini laman sesawang kendaliannya Covidnow pagi ini, KKM memaklumkan sehingga semalam seramai 9,043,384 individu atau 38.6 peratus populasi dewasa telah menerima suntikan dos itu.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata hasil daripada pemberian dos penggalak yang dipercepatkan, ditambah dengan prosedur operasi standard (SOP), kapasiti hospital kekal terkawal walaupun terdapat lonjakan kes import Omicron.

Mengambil contoh Sarawak, Khairy berkata negeri itu merekodkan kes harian melebihi 3,000 sebelum memulakan program suntikan dos penggalak pada Oktober lepas, namun kini kes harian sudah menurun kepada dua angka, dengan setiap penunjuk turun melebihi 90 peratus sejak September.

Sementara itu, KKM berkata secara keseluruhannya lebih 60.55 juta dos vaksin telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 25,674,070 individu atau 78.6 peratus daripada populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, manakala 26,042,410 individu atau 79.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Dalam tempoh sama, 97.8 peratus atau 22,901,050 individu dewasa telah melengkapkan suntikan dos masing-masing.

Manakala, 99.0 peratus atau 23,181,492 individu dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak 8 September tahun lalu, seramai 5,633,938 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Daripada jumlah itu 88.1 peratus atau 2,773,020 remaja telah lengkap divaksinasi, sementara 90.9 peratus atau 2,860,918 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok