Lebih 85 peratus katil hospital di Lembah Klang sudah digunakan

July 4, 2021 · Isu semasa

Hospital-hospital sekitar di Lembah Klang kini sudah mencapai penggunaan katil pesakit termasuk ‘repurpose bed’ (katil yang diubah suai) melebihi 85 peratus, ia paras yang membimbangkan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata beberapa langkah segera perlu diambil untuk mengatasi kepadatan pesakit khususnya melibatkan unit rawatan rapi (ICU) dan akan meluaskan lagi penyumberluaran pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta.

Langkah tersebut perlu bagi membolehkan hospital utama seperti Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.

Selain itu, kapasiti katil ICU dan bukan ICU termasuk peralatan dan kemudahan seperti alat bantuan pernafasan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti seperti Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM), Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM), akan ditingkatkan bagi menerima serta merawat lebih ramai pesakit Covid-19.

“Turut dilaksanakan ialah memberi penugasan semula sementara kepada petugas kesihatan merangkumi pakar perubatan dan anggota paramedik dari negeri tertentu, bagi menyokong perkhidmatan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti yang memerlukan petugas kesihatan tambahan untuk merawat pesakit COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Adham berkata langkah lain ialah mengoptimumkan sumbangan sukarelawan dan pelajar kejururawatan tahun akhir daripada Institut Latihan KKM yang sedang menjalani latihan praktikal bagi membantu petugas kesihatan seperti di pusat pemberian vaksin (PPV), manakala sebahagian jururawat berpengalaman di PPV dan pusat saringan Covid-19 ditugaskan semula bagi menyokong penyampaian perkhidmatan di hospital KKM.

“Menerusi langkah-langkah afirmatif ini, KKM berharap tekanan tinggi yang diterima oleh pihak hospital untuk menerima dan merawat pesakit Covid-19 dapat dikurangkan dari semasa ke semasa, serta negara dapat segera mencapai pemulihan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata daripada keseluruhan kes Covid-19 yang dikendalikan oleh HKL, sebanyak 71 peratus adalah pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima, manakala bakinya pesakit Covid-19 kategori satu dan dua.

Berdasarkan rekod terkini, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL menerima 60 hingga 70 pesakit Covid-19 sehari dengan purata tiga pesakit kategori empat dan lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan selain perlu dirawat di ICU.

Beliau menjelaskan jumlah kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL sebagai hospital rujukan berstatus Hibrid Covid-19, iaitu menerima pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19, ditangani dengan penyediaan dan penggunaan katil tambahan, manakala pesakit Covid-19 yang telah stabil dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras dan Institut Perubatan Respiratori.

Menurutnya, jumlah kedatangan atau rujukan pesakit Covid-19 yang semakin meningkat ke hospital KKM di Lembah Klang ditangani dengan kerjasama Hospital Sungai Buloh yang kini berstatus Hospital Covid-19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang turut mengendalikan sementara pesakit Covid-19 hingga kategori empat sebelum dipindahkan ke hospital.

“KKM juga bekerjasama dengan HPKK UKM, Hospital UPM, Hospital UiTM dan Hospital Angkatan Tentera Malaysia untuk menerima serta merawat kes pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok