Lebih 8.31 juta penduduk Asean dijangkiti Covid-19 sehingga semalam

August 12, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di negara Asia Tenggara kini melepasi 8.31 juta individu, dengan 97,857 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam (11 Ogos 2021), lebih tinggi daripada sehari sebelumnya sebanyak 94,201 kes.

Dalam tempoh itu 2,723 lagi pesakit meninggal dunia, turun, berbanding 3,201 kes yang dicatatkan pada Selasa menjadikan kumulatif sejak wabak Covid-19 melanda negara-negara Asean sebanyak 178,346 kematian.

Daripada data yang dikumpul menunjukkan jumlah jangkitan baharu lebih tinggi dilaporkan di Indonesia semalam sebanyak 30,625 kes, diikuti Thailand (21,038 kes).

Malaysia merekodkan 20,780 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam semalam menjadikan kumulatif 1,320,547 kes.

4 Ogos lalu, Indonesia mencapai titik menakutkan apabila angka kematian meletakkan negara itu bersama 11 negara lain di dunia yang merekodkan jumlah pesakit Covid-19 meninggal dunia melebihi 100,000 kes.

Setelah beberapa minggu merekodkan jumlah kematian harian melebihi angka 1,000, negara republik itu mencatatkan 1,747 kes, menjadikan keseluruhan kumulatif kepada 100,636 kematian sejak wabak itu melanda Mac tahun lalu.

Negara lain yang merekodkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 sejak awal tahun lalu ialah Amerika Syarikat; Brazil; India; Mexico; Peru; Russia; United Kingdom; Itali; Colombia; Perancis; dan Argentina.

Jumlah kematian di Indonesia itu sekali gus menunjukkan pusat penularan virus Covid-19 telah berpindah dari Eropah dan Amerika Syarikat ke Asia Tenggara.

Sementara itu, Filipina melaporkan 12,021 jangkitan baharu dan 154 kematian semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 1,688,040 kes dan 29,374 kematian.

Vietnam pula melaporkan 8,766 jangkitan baharu dan 342 kematian, menjadikan kumulatif kes di negara itu sebanyak 236,901 pesakit dan 4,487 kematian.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
54 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
3 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
3 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok