
Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 3 Ogos 2022. - Sumber Covidnow KKM
Sebanyak 72,086,651 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu, hingga semalam.
Daripada jumlah itu sebanyak 28,074,561 membabitkan dos pertama diikuti 27,455,292 (doa kedua); 16,189,813 (penggalak pertama); dan 366,985 (penggalak kedua).
Berdasarkan pecahan umur penerima vaksin Covid-19, sebanyak 3,426,482 atau 93.9 peratus dos pertama vaksin diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
Mereka turut menerima 3,404,997 atau 93.3 peratus dos kedua, diikuti 2,585,260 atau 70.8 peratus (penggalak pertama); dan 159,301 atau 4.4 peratus (dos penggalak kedua).
Pemberian vaksin bagi populasi berusia 18 tahun hingga 60 tahun ke bawah pula, membabitkan 23,347,153 atau 99.2 peratus dos pertama; 23,069,578 atau 98.1 peratus (doa kedua); 16,142,848 atau 68.6 peratus (penggalak pertama); dan 366,743 atau 1.6 peratus (penggalak kedua).
Sebanyak 2,958,885 atau 95.1 peratus dos pertama pula diberikan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
Golongan usia itu turut menerima 2,881,619 atau 92.6 peratus dos kedua; 45,934 atau 1.5 peratus (penggalak pertama); dan 242 (doa penggalak kedua).
Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai 1,768,523 atau 49.8 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama, manakala 1,504,095 atau 42.4 peratus (dos kedua); dan 1,031 (dos penggalak pertama).