
Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 2 Jun 2022. - Sumber Covidnow KKM
Sebanyak 3,398 lagi dos vaksin Covid-19, termasuk 2,886 dos kedua, diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Jumlah itu menjadikan keseluruhan dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sejak dilancarkan 3 Februari lalu sebanyak 2,914,622 dos.
Daripada jumlah itu, 1,184,464 kanak-kanak atau 33.4 peratus melengkapkan suntikan dos kedua, manakala 1,730,158 atau 48.8 peratus lagi menerima dos pertama.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejak September tahun lalu hingga semalam, lebih 5.92 juta dos telah diberikan kepada golongan itu.
Ia membabitkan 2,915,328 atau 93.7 peratus remaja yang melengkapkan dua dos, dan 3,011,415 atau 96.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sementara itu, 22,975,880 atau 97.7 peratus individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas telah menerima dua dos, sementara 23,252,251 atau 98.9 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi dos penggalak pula, seramai 16,102,135 atau 68.4 peratus individu dewasa telah menerima dos masing-masing.
Secara keseluruhannya, sebanyak 70,957,387 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing sejak PICK diperkenalkan pada 24 Februari 2021 lalu.