Lebih 70.89 juta dos vaksin Covid-19 diberikan sejak 2021 hingga semalam

May 29, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 70,896,708 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam (28 Mei 2022).

Semalam sahaja sebanyak 17,578 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia berusia lima tahun dan ke atas, dengan 1,195 adalah dos penggalak, dos kedua (8,829); dan dos pertama (7,554).

Ia membabitkan pemberian sebanyak 1,588 dos kepada populasi dewasa; remaja berusia 11 hingga 17 tahun (638 dos); dan kanak-kanak lima hingga 11 tahun (15,352 dos).

Daripada jumlah keseluruhan vaksin yang diberikan, 27,048,334 atau 82.8 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan, sementara 27,060,283 atau 85.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, 16,093,145 atau 68.4 peratus populasi dewasa telah menerima suntikan dos penggalak.

Pada masa sama, 22,974,183 atau 97.6 peratus populasi dewasa telah menerima dos kedua, dan 23,250,761 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi PICK Remaja pula, sejak 21 September tahun lalu hingga semalam seramai 2,912,648 atau 93.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, sementara 3,009,152 atau 96.7 peratus lagi menerima dos pertama.

Menurut rekod KKM, belum ada remaja yang mengambil suntikan dos penggalak.

Sementara itu, 15,352 dos vaksin mRNA Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech), telah diberikan kepada kanak-kanak semalam, membabitkan 8,336 dos kedua dan 7,016 dos pertama.

Program vaksinasi kanak-kanak (PICKids) ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.

Sejak dilancarkan 3 Februari tahun ini, 2,870,871 dos vaksin telah diberikan, dengan seramai 1,161,503 atau 32.7 peratus kanak-kanak telah menerima dua dos, dan 1,709,368 atau 48.1 peratus lagi menerima dos pertama.

Pemberian vaksin dos pertama Covid-19 bagi kanak-kanak secara percuma akan berakhir 31 Mei ini.

Selepas tarikh itu kanak-kanak yang berusia lima hingga bawah 12 tahun tidak lagi ditawarkan vaksin Covid-19 secara percuma di bawah PICKids.

Mereka perlu mendapatkan vaksin yang ditawarkan secara berbayar di pasaran swasta dan sebagai makluman, pemakluman ini tidak terpakai bagi kanak-kanak yang baru mencapai usia lima tahun pada atau selepas 15 Mei 2022.

Ibu bapa kepada kanak-kanak dalam kategori ini boleh membuat pendaftaran dan tempahan janji temu vaksin Covid-19 dos pertama melalui aplikasi MySejahtera sehingga 15 Januari 2023.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang di Sentul
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok