Lebih 70.76 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan hingga semalam

May 21, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 20,998 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi empat kategori Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada jumlah itu, 11,286 melibatkan dos kedua, 7,695 dos pertama dan 2,017 dos penggalak.

Sejak PICK dilancarkan 24 Februari 2021 lalu, sebanyak 70,762,530 dos telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, dengan 26,980,027 atau 82.6 peratus menerima dos kedua, dan 27,918,641 atau 85.5 peratus dos pertama.

Sebanyak 62,084,670 dos telah diberikan kepada individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas, dengan 22,972,457 atau 97.6 peratus menerima dos kedua, dan 23,248,351 atau 98.8 peratus lagi menerima dos pertama.

Seramai 16,077 atau 68.3 peratus individu dewasa juga telah menerima suntikan dos penggalak.

Sementara itu, 5,913,512 dos vaksin diberikan kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, dengan 2,908,320 atau 93.5 peratus menerima dos kedua, dan 3,005,192 atau 96.6 peratus lagi menerima dos pertama.

Belum ada remaja yang menerima suntikan dos penggalak.

Selain itu, sejak 3 Februari lalu hingga semalam seramai 1,099,250 atau 31.0 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah lengkap suntikan dua dos vaksin, dan 1,665,098 atau 46.9 peratus menerima dos pertama.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
5 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
5 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok