Lebih 70.44 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak tahun lalu

May 10, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 70,446,288 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari tahun lalu hingga semalam (9 Mei 2022).

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 16,045,993 adalah dos penggalak yang diberikan sejak PICK-B dilancarkan awal Oktober tahun lalu.

Selain itu, 26,812,809 atau 82.1 peratus adalah penerima dos kedua, manakala 27,800,885 atau 85.1 peratus populasi Malaysia menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, semalam sebanyak 15,077 dos kedua vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, manakala 7,567 lagi adalah dos pertama.

Sejak PICKids dilancarkan Februari lalu seramai 945,787 atau 26.6 peratus kanak-kanak telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin itu, manakala 1,560,474 lagi menerima dos pertama.

Program vaksinasi PICKids akan ditamatkan 15 Mei ini. Orang ramai yang mahu anak masing-masing disuntik vaksin Covid-19 selepas tarikh berkenaan akan dikenakan bayaran.

Sementara itu, seramai 2,898,581 atau 93.2 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap dua dos vaksin Covid-19, manakala 2,996,030 atau 96.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi berusia 18 tahun dan ke atas, sehingga kini seramai 22,968,441 atau 97.6 peratus telah menerima dua dos, dan 23,244,381 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok