
Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 6 Mei 2022. - Sumber Covidnow KKM
Seramai 26,758,696 atau 81.9 peratus populasi Malaysia termasuk rakyat asing telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 hingga semalam.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 27,779,984 atau 85.0 peratus populasi lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.
Pada masa sama, 22,967,814 atau 97.6 peratus individu dewasa menerima dua dos, dan 23,243,830 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Seramai 16,040,212 atau 68.2 peratus individu dewasa telah melengkapkan suntikan dos penggalak.
Sementara itu, seraai 2,896,056 atau 93.1 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima dua dos vaksin, dan 2,993,641 atau 96.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sehingga kini belum ada remaja yang menerima dos penggalak.
Selain itu, sejak awal Februari lalu hingga semalam juga seramai 1,542,513 atau 43.4 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 894,826 atau 25.2 peratus lagi lengkap divaksinasi.