Lebih 70.31 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak Februari 2021

Lebih 70.31 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 lalu.

Daripada jumlah itu, 26,719,207 datau 81.8 peratus populasi menerima dua dos, manakala 27,770,374 atau 85.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sahaja sebanyak 35,318 dos vaksin telah diberikan kepada populasi daripada kanak-kanak seawal usia lima tahun hingga warga emas berusia 80 tahun dan ke atas.

Bagi individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas, seramai 16,034,886 atau 68.2 peratus telah melengkapkan suntikan masing-masing apabila menerima dos penggalak.

Sejumlah 22,967,044 atau 97.6 peratus individu dewasa lagi menerima dua dos, dan 23,243,382 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, 2,894,109 atau 93.0 peratus remaja telah lengkap divaksinasi, manakala 2,991,866 atau 96.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, sebanyak 2,393,180 dos telah diberikan kepada golongan itu sejak awal Februari lalu, dengan 858,054 atau 24.2 peratus menerima dua dos, dan 1,535,126 atau 43.3 peratus menerima dos pertama.

Semalam sahaja seramai 25,347 kanak-kanak melengkapkan suntikan dos kedua vaksin.

BERITA BERKAIT
POPULAR