Lebih 68.97 juta dos vaksin Covid-19 diberikan sejak Februari 2021

Seramai 25,813,770 atau 79.0 peratus populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, telah menerima dua suntikan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 hingga semalam.

Dalam tempoh itu juga seramai 27,526,342 atau 84.2 peratus populasi lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sebanyak 68,972,658 dos vaksin Covid-19 telah diberikan dalam tempoh itu.

Sementara itu, seramai 15,844,706 atau 67.3 peratus daripada sejumlah 22,954,459 atau 97.6 peratus individu dewasa yang menerima dua dos, telah lengkap menerima dos penggalak.

Sejumlah 23,230,239 atau 98.8 peratus lagi individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak September tahun lalu hingga semalam, seramai 2,853,182 atau 91.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,478 atau 94.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi PICKids pula, seramai 6,129 atau 0.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima suntikan dos kedua sehingga semalam.

Manakala 1,346,625 atau 38.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos

BERITA BERKAIT
POPULAR