Lebih 68.41 juta dos vaksin diberikan, 14.44 juta dos penggalak

Seramai 25,784,236 atau 79.0 peratus populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, telah lengkap menerima sutikan vaksin Covid-19 sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 lalu.

Manakala, 27,397,802 atau 83.9 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 15,446,895 atau 65.7 peratus individu dewasa telah menerima dos penggalak.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan secara keseluruhannya sebanyak 68,418,688 dos vaksin telah diberikan sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, 61,395,855 dos vaksin diberikan kepada golongan dewasa, yang melibatkan 22,941,756 atau 97.5 peratus daripadanya telah lengkap divaksinasi.

Sementara 23,217,449 atau 98.7 peratus lagi individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak 8 September tahun lalu hingga semalam juga seramai 2,842,480 atau 91.4 peratus remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 2,941,159 atau 94.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, KKM berkata 1,239,194 atau 34.9 peratus daripadanya telah menerima dos pertama.

BERITA BERKAIT
POPULAR