Lebih 6.6 juta terima dos penggalak

January 4, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 20.3 peratus atau 6,627,119 individu telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 sejak dilancarkan 13 Oktober 2021 lalu hingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menurut kemas kini laman sesawang KKM, Covidnow pagi ini, daripada jumlah itu 201,716 individu menerima dos berkenaan semalam.

Dos penggalak diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas serta individu dewasa yang menerima semua jenis vaksin Covid-19, sekurang-kurangnya tiga bulan setelah menerima vaksin primer.

Selain itu, keutamaan pemberian dos penggalak kepada individu yang mempunyai komorbiditi, penghuni serta petugas di pusat jagaan kesihatan jangka panjang dan individu dewasa berumur 18 tahun ke atas yang sudah menerima vaksin lengkap sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

Pemberian dos penggalak itu dibuat dengan mengikut turutan umur bermula daripada 50 tahun ke atas, 40 tahun ke atas dan seterusnya 18 tahun ke atas.

Sementara itu, sejak Februari 2021 lalu hingga semalam, seramai 22,864,655 atau 97.7 peratus individu dewasa di Malaysia telah lengkap divaksinasi, manakala 98.9 peratus atau 23,155,545 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak 8 September 2021 lalu hingga semalam juga, seramai 2,758,498 atau 87.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Manakala, 90.5 peratus atau 2,849,786 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya lebih 58.05 juta vaksin Covid-19 diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 25 Februari 2021 lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu 78.5 peratus atau 25,623,153 populasi negara telah lengkap divaksinasi, manakala 79.7 peratus atau 26,005,331 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
5 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
5 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok