Lebih 5.38 juta individu telah terima suntikan dos penggalak

Sebanyak 16.5 peratus atau 5,389,370 individu yang layak telah menerima suntikan dos penggalak sejak program suntikan dos ketiga itu dimulakan 13 Oktober lalu.

Suntikan dos penggalak diberikan kepada individu berusia 18 tahun ke atas, namun keutamaan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, petugas barisan hadapan, serta individu yang perlu ke luar negara.

Kerajaan juga memberi masa sehingga Februari tahun depan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan suntikan dos penggalak bagi memastikan status vaksinasi mereka di dalam MySejahtera tidak bertukar menjadi ‘tidak lengkap’,

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaporkan seramai 25,580,473 atau 78.3 peratus populasi keseluruhan negara telah lengkap divaksinasi, manakala 79.5 peratus atau 25,974,497 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Daripada jumlah populasi itu, seramai 22,835,291 atau 97.5 peratus individu dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, dan 98.8 peratus atau 23,134,791 individu dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak 8 September hingga semalam, seramai 5,584,888 remaja berusia 11 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Daripada jumlah itu, 2,745,182 atau 87.2 peratus remaja telah lengkap divaksinasi, manakala 2,839,706 atau 90.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR