Lebih 49.43 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan sehingga semalam

October 27, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 94.8 peratus atau 22,191,734 individu dewasa Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing sehingga semalam, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu.

Sementara 97.5 peratus atau 22,830,806 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, KKM memaklumkan keseluruhannya 45,002,309 dos vaksin diberikan kepada golongan itu, termasuk 146,469 individu yang menerima dos penggalak.

Semalam, 55,613 dos diberikan di seluruh negara dengan 25,101 individu dewasa lengkap divaksin, 7,820 menerima sekurang-kurangnya dos pertama dan 22,692 lagi menerima dos penggalak.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan sehingga semalam 58.8 peratus atau 1,851,024 remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 82.0 peratus atau 2,581,280 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejumlah 4,432,304 dos vaksin telah diberikan kepada remaja sejak 20 September lalu. Semalam sahaja sebanyak 125,547 dos diberikan membabitkan 111,189 remaja melengkapkan sutikan vaksin masing-masing, dan 14,358 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan, lebih 49.43 juta dos vaksin telah diberikan kepada semua penerima yang layak,

Daripada jumlah itu 73.6 peratus atau 24,042,758 penerima melengkapkan vaksinasi masing-masing, dan 77.8 peratus atau 25,412,086 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sebanyak 181,160 dos diberikan dengan 136,290 penerima lengkap divaksinasi, dan 22,178 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok