Lebih 43.14 juta dos vaksin diberi untuk capai sasaran 90 peratus

Seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, negara telah mencapai 90 peratus individu dewasa yang lengkap divaksin semalam, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu.

Sasaran 90 peratus individu dewasa lengkap divaksin dicapai setelah 70,408 penerima melengkapkan dos masing-masing semalam, sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Secara keseluruhannya, lebih 43.14 juta dos vaksin telah diberikan kepada golongan dewasa sehingga semalam, membabitkan 21,073,482 individu lengkap divaksinasi, manakala 94.8 peratus atau 22,185,520 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, bagi PICK Remaja pula, seramai 231,714 atau 7.4 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan dos kedua semalam.

Seramai 2,271,858 atau 72.2 peratus remaja daripada keseluruhan lebih 2.5 juta dos yang diberikan sejak 20 September lalu, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sahaja sebanyak 50,169 dos diberikan membabitkan 27,178 remaja melengkapkan dos kedua masing-masing, manakala 22,991 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, secara keseluruhannya sejak 24 Februari lalu sebanyak 45,650,714 dos telah diberikan kepada semua golongan penduduk di Malaysia.

Daripada jumlah itu, 21,305,196 atau 65.2 peratus telah lengkap divaksin, manakala 74.9 peratus atau 24,457,378 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pencapaian sasaran 90 peratus individu dewasa melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 membolehkan kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bermula hari ini.

Secara keseluruhannya sejak 24 Februari lalu sebanyak 45,650,714 dos telah diberikan kepada semua golongan penduduk di Malaysia.

Daripada jumlah itu, 21,305,196 atau 65.2 peratus telah lengkap divaksin, manakala 74.9 peratus atau 24,457,378 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, jumlah kes aktif di seluruh negara sehingga semalam semakin berkurangan apabila merekodkan 116,596 pesakit berbanding 120,246 yang dicatatkan pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, 92,513 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 15,578 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 7,746 di hospital; dan 759 pesakit, termasuk 408 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, kini dirawat di unit rawatan rapi.

Berikut adalah kes berkaitan Covid-19 berdasarkan pecahan negeri di Malaysia sehingga 10 Oktober 2021.

Data 10 Oktober 2021.

BERITA BERKAIT
POPULAR