Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan

June 12, 2021 · Isu semasa

Seramai 1,297,818 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya 2,929,736 individu pula telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,227,554 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 170,855 dos diikuti Sarawak (133,516), Kuala Lumpur (122,564), Perak (121,740) dan Johor (118,317).

Sementara itu, berdasarkan maklumat laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin pula beliau berkata, sebanyak 13,757,093 pendaftaran direkodkan semalam dengan perkembangan nasional sebanyak 56.70 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah pendaftaran iaitu sebanyak 3,503,976 pendaftaran diikuti Johor (1,716,130), Sarawak (1,318, 644) dan Kuala Lumpur (1,163,711).

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
36 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Gombak Setia jadi perhatian Anwar Ibrahim
7 minit lalu
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok