Lebih 34.5 juta dos vaksin diberikan sehingga semalam

August 31, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 63.6 peratus atau 14,886,006 individu daripada keseluruhan populasi dewasa Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing sehingga semalam, lapor Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Mengikut data yang dikeluarkan hari ini, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu, 83.8 peratus atau 19,621,799 individu dewasa lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Secara keseluruhan sebanyak 34,507,805 dos vaksin telah diberikan sehingga semalam, kata JKJAV.

Semalam sahaja sebanyak 361,381 dos vaksin diberikan membabitkan 181,281 dos pertama dan 180,100 penerima melengkapkan dos masing-masing.

Johor, Sabah, Kedah, Selangor, Perak, dan Kuala Lumpur mencatat pemberian dos tertinggi semalam.

Johor mencatatkan 57,978 dos membabitkan 31,363 dos pertama dan 26,615 dos kedua; diikuti Sabah 38,728 (17,728 pertama, 21,000 kedua); Kedah 37,111 (21,385 pertama 15,726 kedua); Selangor 35,381 (6,937 pertama, 28,444 kedua); Perak 34,245 (22,763 pertama, 11,482 kedua); dan Kuala Lumpur 33,790 (10,983 pertama, 22,807 kedua).

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
2 jam lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
4 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
4 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
4 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok