Lebih 300,000 remaja terima dos pertama vaksin Covid-19 semalam

September 22, 2021 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya 308,000 remaja berumur lingkungan 12 hingga 17 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di seluruh negara sehingga semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata daripada jumlah 118,000 membabitkan remaja di Sabah, diikuti Sarawak (88,000); Kedah (19,000); Kelantan (17,000); Johor (16,000); dan Labuan (2,500).

“Meskipun pelancaran program vaksin kepada remaja baharu sahaja bermula semalam tetapi ada negeri yang telah memulakan suntikan lebih awal lagi seperti Sarawak pada 8 September lalu, Labuan 11 September dan Sabah pada 19 September.

“Angka ini memberi gambaran ketidaksabaran serta semangat remaja yang memang mahu disuntik cepat kerana mereka faham dan sedar kepentingan vaksin tersebut dalam melawan Covid-19,” katanya dalam program Bicara Naratif yang bersiaran secara langsung di RTM1 malam tadi.

Dr Noor Azmi berkata Kementerian Kesihatan (KKM) yakin negara dapat mencapai sasaran menyuntik sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan 3.2 juta remaja dengan dua dos lengkap menjelang hujung tahun ini atau selewat-lewatnya sebelum sesi persekolahan 2022 bermula.

“Jumlah 3.2 juta remaja ini termasuk mereka yang bukan warga dan juga yang tidak bersekolah… kita tidak mahu ada remaja yang ketinggalan atau keciciran,” katanya sambil menambah KKM menyasarkan 60 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan pada akhir November tahun ini.

Beliau berkata program itu akan dilaksana dengan beberapa kaedah iaitu bagi sekolah yang pelajarnya lebih 1,000 orang, suntikan akan dibuat di sekolah tersebut secara berjadual dari 8 pagi hingga 5 petang manakala bagi sekolah dengan pelajar kurang 1,000 orang seperti di luar bandar, pelajar beberapa sekolah berbeza akan menerima suntikan di lokasi sama yang akan ditetapkan.

“Pelajar di asrama harian atau penuh, sebelum balik ke asrama akan diberi janji temu di aplikasi MySejahtera sama ada mereka akan menerima suntikan di klinik perubatan am swasta atau di sekolah yang ditetapkan.

“Bagi yang tidak mempunyai akses untuk keluar seperti pelajar yang terlantar sakit di rumah atau tinggal jauh di pedalaman maka KKM akan membuat ‘outreach’ dan memberikan suntikan di lokasi mereka,” katanya.

Dr Noor Azmi juga berkata kaedah jumpa terus yang akan bermula Khamis ini akan dilaksana secara berjadual dengan pelajar diberi tarikh dan lokasi pusat pemberian vaksin (PPV) oleh pihak sekolah agar tidak berlaku kesesakan di PPV terbabit.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Ringgit jatuh semula hari ini
December 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok