Lebih 300 ahli Armada mendaftar sebagai sukarelawan MyVAC

June 2, 2021 · Isu semasa

Seramai 342 Armada Bersatu mendaftar sebagai sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (myVAC) bagi membantu petugas awam bagi memudahkan proses pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Ketua Penerangan Armada Bersatu Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim berkata, kesemua mereka ini adalah merupakan ahli-ahli Armada dari seluruh Malaysia yang akan membantu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih dalam kawasan masing-masing.

“Dari jumlah tersebut, seramai 127 ahli Armada telah pun memulakan tugasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, inisiatif ini timbul menerusi seruan ketua mereka Senator Wan Ahmad Fayhsal yang menggerakkan kempen secara dalaman kepada seluruh ahli segenap peringkat untuk mendaftar sebagai sukarelawan MyVAC.

“Armada akan meneruskan iltizam sayap Parti Bersatu ini yang membulatkan tekad membantu masyarakat sebagai wadah dalam menterjemah politik khidmat, moga jiwa kesukarelawan dalam kalangan ahli Armada terus subur dan terus menerus bersemangat menabur jasa dan bakti demi agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.

MyVAC adalah satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), KBS, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) dalam membantu melancarkan program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi.

Berita berkaitan
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
18 jam lalu· Politik
Janji dengan pembangkang boleh pula PM tunaikan, kata Wan Saiful
August 5, 2022· Politik
Zahid beri bayangan desak PRU awal dalam mesyuarat MT malam ini
August 4, 2022· Politik
Bersatu umum Ketua Sayap Bersekutu baharu ganti MP Segamat
August 3, 2022· Politik
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
10 minit lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
3 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
4 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok