Lebih 30.84 juta dos vaksin diberikan sehingga semalam

August 22, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 469,690 dos vaksin diberikan semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 30,840,093 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dalam hantaran melalui media sosial hari ini, berkata setakat jam 11.59 malam tadi sebanyak 159,792 menerima suntikan dos pertama dan 309,898 bagi dos kedua.

Jumlah peratusan vaksinasi terkini bagi populasi dewasa di negara ini juga terus mencatatkan peningkatan dengan sebanyak 77.4 peratus individu atau 18,121,392 sudah melengkapkan dos pertama, manakala 54.3 peratus atau 12,718,701 lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Labuan mencatatkan peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa tertinggi mengikut negeri iaitu 90.6 peratus, diikuti Sarawak 84.1 peratus dan Lembah Klang 81.3 peratus.

Dalam pada itu, Selangor mencatatkan kadar vaksinasi harian tertinggi semalam dengan 96,884 bagi dos kedua dan 14,745 untuk dos pertama, diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan 55,706 dos kedua dan 17,482 dos pertama.

Malaysia kini berada dalam Fasa Tiga PICK yang dilancarkan pada 24 Februari lalu membabitkan pemberian vaksin kepada 13.7 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas serta kalangan warga asing yang berada di negara ini.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
11 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
12 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
13 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
13 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
13 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok