Lebih 24 juta populasi dewasa sudah terima vaksin Covid-19

August 8, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada populasi dewasa di seluruh negara sejak program imunisasi dilancarkan Februari lalu kini mencecah lebih 24 juta dos.

Data dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan sebanyak 24,033,988 dos vaksin telah diberikan membabitkan 15,536,215 atau 66.4 peratus penerima dos pertama dan 8,497,773 atau 36.3 peratus penerima dos kedua.

Pada Sabtu, sebanyak 425,698 dos vaksin diberikan membabitkan 186,035 dos pertama dan 239,663 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan pemberian vaksin harian tertinggi dengan 98,997 dos membabitkan 25,845 penerima dos pertama dan 73,152 melengkapkan dos kedua masing-masing.

Lima lagi negeri turut mencatatkan pemberian suntikan vaksin Covid-19 tertinggi ialah:

Johor – 49,881 dos (34,212 dos pertama dan 15,669 dos kedua);

Kuala Lumpur – 43,701 dos (4,682 dos pertama dan 39,019 dos kedua);

Sabah – 41,760 dos (28,299 dos pertama dan 13,461 dos kedua);

Kedah – 31,479 dos (20,257 dos pertama dan 11,222 dos kedua); dan

Perak – 26,608 (12,955 dos pertama dan 13,653 dos kedua).

Sementara itu, sehingga berita ini ditulis tiada perkongsian pecahan dan peratusan secara keseluruhan negeri-negeri di seluruh negara hari ini sebagaimana dilakukan setiap hari.

Perkongsian terakhir semalam untuk data 6 Ogos 2021 menunjukkan hampir 100 peratus populasi dewasa di Lembah Klang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Data 6 Ogos 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
12 minit lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
3 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
4 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok