Lebih 23.26 juta daripada populasi Malaysia lengkap divaksin

October 21, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 94.2 peratus atau 22,047,448 individu dewasa telah lengkap divaksin sehingga semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laporan kemajuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), hari ini.

Data dikemas kini menerusi laman sesawang COVIDNOW juga menunjukkan 97.3 peratus atau 22,775,864 individu dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau dos tunggal.

Setakat ini, 47,728 individu yang layak telah menerima suntikan dos penggalak.

Semalam sahaja seramai 34,185 individu dewasa melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing, 10,693 menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 15,595 menerima dos penggalak.

PICK dilancarkan sejak 24 Februari lalu dalam usaha kerajaan menangani dan mengekang penularan Covid-19 yang mula menular di negara ini sejak awal 2020. Dalam tempoh itu sehingga semalam, lebih 48.43 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan.

Sementara itu, 38.7 peratus atau 1,218,000 remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap divaksin sehingga semalam. PICK Remaja dilancarkan 20 September lalu.

Manakala 79.7 peratus atau 2,509,535 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sahaja, 178,311 remaja melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, manakala 17,713 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sebanyak 20.3 peratus lagi remaja belum divaksin.

Secara keseluruhan, 71.2 peratus atau 23,265,448 populasi Malaysia yang layak telah melengkapkan vaksinasi masing-masing, dan 25,285,399 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, sebanyak 256,497 dos vaksin diberikan, membabitkan 212,496 individu lengkap divaksin, manakala 28,406 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok