Lebih 20,000 pendatang tanpa izin pulang secara sukarela

June 25, 2022 · Isu semasa

Seramai 243,297 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang secara sukarela menerusi Program Rekalibrasi Pulang, sejak ia dilaksanakan pada Disember 2020 dan berakhir 30 Jun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sehingga Khamis lepas, seramai 282,561 jumlah keseluruhan pendatang tanpa izin yang telah berdaftar dan selebihnya akan pulang secara berperingkat, lapor Bernama.

“Kita akan mengambil tindakan yang tegas pada sesiapa sahaja yang tidak mahu menerima arahan yang telah kita keluarkan. Tempoh hari masih lagi ada yang ambil sambil lewa.

“Orang-orang ini sama ada warga asing yang tinggal di sini tanpa dokumen, tanpa dokumen yang sah atau tanpa pengesahan yang dibuat oleh imigresen.

“Begitu juga dengan majikan yang mengambil mereka bekerja akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan,” katanya ketika ditemui pada program kenduri rakyat di Kampung Anak Kurau, di sini, hari ini.

Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pendatang tanpa izin yang enggan mendaftarkan diri untuk pulang secara sukarela setelah tempoh pelanjutan itu tamat.

Katanya, pendatang tanpa izin boleh berdaftar untuk pulang menerusi program itu atau membuat permohonan untuk bekerja di negara ini secara sah menerusi program Rekalibrasi Tenaga kerja.

“Apabila hendak kerja semula, kita akan panggil untuk temu duga dan pengesahan sebab kalau mereka melakukan kesalahan yang kita rasa tidak boleh dimaafkan, kita suruh dia pulanglah tetapi ada kesalahan-kesalahan kecil yang mereka lakukan, Insya-Allah kita boleh berikan.

“Jadi setakat ini jumlahnya mencukupi daripada apa yang kita anggarkan pada awalnya iaitu saya anggarkan sebelum ini hanya kira-kira 200,000 tetapi hari ini yang pulang dan yang mahu kerja semula sudah pun mencecah 400,000 orang,” katanya.

Beliau berkata angka itu mampu untuk membantu majikan yang memerlukan tenaga kerja warga asing dalam pelbagai sektor di negara ini dan rekod menunjukkan hampir RM1 bilion bayaran levi diterima kerajaan antaranya daripada program itu sejak awal tahun ini.

Sebelum ini, kerajaan melancarkan Program Rekalibrasi Pulang iaitu program yang membenarkan pendatang tanpa izin untuk pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.

Syarat untuk menyertai Program Rekalibrasi Pulang ialah memiliki dokumen perjalanan sah yang diluluskan kedutaan masing-masing dan memiliki tiket penerbangan atau feri untuk pulang ke negara asal.

Mereka juga perlu membayar kompaun RM500 sama ada menerusi kad debit, kad kredit atau Touch ‘n’ Go, e-Wallet sahaja dan mempunyai slip ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) yang sah laku dalam tempoh 72 jam daripada berlepas.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok