Lebih 2.93 juta dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak

June 8, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 2,939,745 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga di bawah 12 tahun menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Sejak program itu dilaksanakan 3 Februari lalu, seramai 1,206,179 atau 34.0 peratus kanak-kanak telah lengkap divaksinasi, termasuk 2,842 yang menerima dos kedua itu semalam (7 Jun 2022).

Dalam tempoh itu, seramai 1,733,566 atau 48.9 peratus kanak-kanak lagi menerima suntikan dos pertama.

Sementara itu, lebih 5.92 juta dos vaksin berkenaan juga diberikan kepada remaja berusia 12 hingga di bawah 18 tahun sejak September tahun lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 2,913,983 atau 93.7 peratus remaja telah lengkap divaksinasi, manakala 3,008,534 atau 96.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak PICK dilancarkan 24 Februari 2021 pula, lebih 62.13 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 22,983,258 atau 97.7 peratus telah menerima dua dos, dan 23,260,152 atau 98.9 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 16,109,012 atau 68.5 peratus populasi dewasa telah menerima suntikan dos penggalak.

Keseluruhannya sebanyak 71,000,224 dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak 24 Februari tahun lalu hingga semalam.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang di Sentul
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
6 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
6 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok