Lebih 2.72 juta dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak

May 18, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 2,724,132 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sehingga semalam (17 Mei 2022).

Menerusi PICKids yang dimulakan pada awal Februari lalu, seramai 1,073,551 atau 30.2 peratus kanak-kanak telah menerima dua dos, manakala 1,650,581 atau 46.5 peratus lagi menerima suntikan dos pertama.

Semalam sahaja seramai 7,633 kanak-kanak menerima dos kedua, sementara 2,798 lagi menerima dos pertama. PICKids akan berakhir 31 Mei ini dan selepas itu ibu bapa perlu membayar jika mahu memberikan vaksin Covid-19 kepada anak-anak mereka.

Sementara itu, sejak PICK dimulakan 24 Februari tahun lalu hingga semalam, 22,971,604 atau 97.6 peratus individu dewasa telah menerima suntikan dos kedua dan 23,247,523 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 16,069,133 atau 68.3 peratus lagi individu dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing apabila menerima dos penggalak.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,906,035 atau 93.4 peratus telah menerima dos kedua, sementara 3,003,483 atau 96.5 peratus lagi menerima dos pertama.

Setakat ini, belum ada data daripada KKM berhubung jumlah individu yang menerima suntikan dos penggalak kedua.

Secara keseluruhannya sebanyak 70,708,376 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak Februari 2021.

Daripada jumlah itu 26,951,190 atau 82.5 peratus populasi telah menerima dos kedua, dan 27,901,587 atau 85.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sehingga semalam juga, vaksin jenama Pfizer merekodkan jumlah tertinggi diberikan kepada populasi Malaysia iaitu sebanyak 61.2 peratus, diikuti Sinovac (30.4 peratus); AstraZeneca (8.0 peratus); dan Cansino (0.3 peratus).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok