Lebih 15.7 juta terima dos penggalak

Jumlah penerima dos penggalak terus meningkat tatkala hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum status MySejahtera individu yang tidak mengambil dos penggalak menjadi tidak lengkap bermula Jumaat ini.

Sehingga semalam seramai 15,711,005 atau 66.8 peratus individu dewasa yang sebelum ini telah melengkapkan suntikan dos premier, telah menerima dos penggalak.

Semalam (29 Mac 2022), seramai 40,718 individu dewasa menerima dos ketiga itu.

Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Fabruari tahun lalu, seramai 22,951,201 atau 97.5 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi, sementara 23,227,197 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Dalam pada itu, seramai 2,850,360 atau 91.6 peratus rfemaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi.

Sementara 2,947,122 atau 94.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. Belum ada program suntikan dos penggalak diberikan kepada golongan remaja setakat ini.

Selain itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), seramai 1,319,899 atau 37.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun juga telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Sebelum ini, KKM memaklumkan status digital vaksinasi hanya akan bertukar tidak lengkap di aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

Status vaksinasi itu bagaimanapun tidak menghilangkan sijil digital bagi penerima yang melengkapkan suntikan dos premier.

BERITA BERKAIT
POPULAR