
Data 4 September 2021.
Sebanyak 87.2 peratus atau lebih 20.4 juta daripada populasi dewasa Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu, sehingga semalam.
Data diterbitkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) juga menunjukkan 67.4 peratus atau lebih 15.77 juta daripada populasi dewasa itu melengkapkan dua dos suntikan, yang turut membabitkan vaksin tunggal.
Sejak Februari hingga semalam, lebih 36.1 juta dos vaksin telah diberikan, dengan Lembah Klang – merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya – menerima lebih 12.82 juta dos.
Tujuh negeri – Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Sabah – masih kekal di bawah 60 peratus dari segi individu dewasa yang melengkapkan suntikan dos masing-masing.
Sehingga semalam, populasi dewasa di Terengganu yang melengkapkan suntikan vaksin masing-masing adalah sebanyak 54.9 peratus; Pahang (53.5%); Johor (52.6%); Perak (50.0%); Kedah (48.9%); Kelantan (47.7%); dan Sabah (43.3%).
Sebanyak 95.7 peratus atau lebih 5.9 juta daripada populasi dewasa di Lembah Klang melengkapkan suntikan masing-masing.
Semalam sahaja, sebanyak 300,501 dos suntikan diberikan membabitkan 134,559 penerima dos pertama dan 165,942 lagi penerima melengkapkan dos masing-masing.
Sementara itu, berikut adalah inisiatif vaksinasi ‘walk-in’ di negeri-negeri setakat 3 September 2021 lalu:
1) Sabah: Walk-in dibenar untuk individu 18 tahun ke atas;
2) Terengganu: Walk-in dibenar di semua PPV awam dan integrasi untuk individu 18 tahun ke atas dan pemastautin di Terengganu bermula hari ini (5 September 2021);
3) Kelantan: Walk-in dibenar untuk individu 40 tahun ke atas, individu dengan komorbiditi, ibu mengandung dan ibu menyusu melalui pra-tempahan di 09-7743099 dan 09-7742099.
* Pasir Puteh dan Jeli: Dibenatkan di PPV awam bagi warga emas dan OKU,
* Tumpat: Dibenarkan bagi warga emas, individu dengan komorbiditi dan ibu mengandung, dan
* Walk-in bagi individu 18 tahun ke atas telah bermula di PPV Guchil, PPV Manik Urai dan Dabong, Klinik Kesihatan Pahi, Dewan UiTM Machang serta Dewan Perpaduan Machang.
4) Pahang: Walk-in bersasar kepada warganegara di empat daerah:
* Bera: Bermula 4 September 2021, dan
* Bentong, Lipis dan Cameron Highlands: Bermula esok (6 September 2021).;
5) Perak: Walk-in dibenarkan di semua PPV awam untuk individu berumur 50 tahun ke atas dan OKU. Vaksinasi untuk individu dengan komorbiditi (termasuk obesiti) dan ibu mengandung memerlukan tempahan awal;
6) Perlis: Walk-in dibenarkan di PPV Kubang Gajah, Kangar sejak 1 September 2021 dengan waktu operasi bermula Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi hingga 3 petang, untuk semua kategori warganegara dan bukan warganegara;
7) Johor: Walk-in dibenarkan di PPV terpilih bergantung kepada daerah masing-masing;
8) Sarawak: Walk-in untuk Sarawak perlu merujuk kepada maklumat terkini dari PPV yang berdekatan. Walk-in bagi pemberian dos 1 akan berakhir esok (6 September 2021);
9) Kedah: Walk-in dibenarkan untuk individu 40 tahun ke atas di daerah Kuala Muda, Yan, Padang Terap dan Bandar Baharu. Walk-in untuk 18 tahun ke atas bagi warganegara dibenarkan di Kota Setar dan Langkawi, sementara bukan warganegara juga dibenarkan di Langkawi;
10) Pulau Pinang: Walk-in dibenarkan bagi warga semas (60 tahun ke atas); dan
11) Melaka: Walk-in dibenarkan untuk individu 50 tahun ke atas atau OKU di PPV awam. Walk-in untuk warganegara 18 tahun ke atas bermula 3 September 2021 di PPV Mega (PPV Stadium Hang Jebat dan Stadium Jasin).