Lebih 15.5 juta dos diberikan, semalam 446,052 tertinggi

July 22, 2021 · Isu semasa

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) semalam merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi sekali gus membuktikan komitmen kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan jumlah pemberian vaksin sejak PICK dilancarkan kepada 15,517,866 dengan 10,584,885 menerima dos pertama dan 4,932,981 dos kedua.

Dalam kenyataannya hari ini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata semalam (21 Julai 2021) sebanyak 446,052 dos suntikan diberikan kepada penerima dos pertama dan kedua di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah itu 282,980 individu menerima dos suntikan pertama, manakala 163,072 lagi menerima dos kedua.

Selangor merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi iaitu 127,180 dos suntikan membabitkan 89,183 individu menerima suntikan pertama dan 37,997 yang lain melengkapkan dos kedua masing-masing.

Antara negeri lain yang merekodkan pemberian dos vaksin Covid-19 tertinggi ialah Kuala Lumpur dengan 79,205 dos (47,866 dos pertama dan 31,339 dos kedua); Sarawak sebanyak 58,348 dos (15,912 dos pertama dan 42,436 dos kedua); dan Johor dengan 38,781 dos (35,145 dos pertama dan 3,636 dos kedua).

Pulau Pinang turut merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi sebanyak 24,669 membabitkan 15,346 penerima dos pertama dan 9,323 yang lain melengkapkan dos kedua, diikuti Perak dengan 21,721 dos (14,658 pertama dan 7,063 dos kedua).

Secara keseluruhan, Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal merekodkan jumlah tertinggi pemberian vaksin 5,679,875 dos membabitkan 4,279,720 dos pertama dan 1,400,155 dos kedua.

Sarawak adalah negeri kedua tertinggi merekodkan pemberian vaksin secara keseluruhan iaitu sebanyak 2,617,359 dos dengan 1,607,722 dos pertama dan 1,009,637 dos kedua.

Sebelum ini, jumlah tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini ialah pada 14 Julai lalu membabitkan pemberian 434,828 dos suntikan vaksin.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok