Lebih 15.1 juta dos penggalak diberikan sejak 1 Oktober 2021

Seramai 15,113,923 atau 64.2 peratus daripada individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak sejak Program Imunisasi Covid-19 Dos Penggalak (PICK-B) bermula secara rasmi pada 1 Oktober 2021 lalu, hingga semalam (8 Mac 2022).

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan semalam sahaja seramai 47,278 individu dewasa menerima suntikan dos ketika itu.

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini juga menunjukkan sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari 2021 lalu seramai 22,930,441 atau 97.5 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi.

Manakala, 23,207,220 atau 98.7 peratus lagi populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Sementara itu, 2,832,919 atau 91.0 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi sejak PICK Remaja dilancarkan 8 September 2021 lalu.

Sejumlah 2,933,324 atau 94.2 peratus remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, seramai 1,060,063 atau 29.9 peratus daripadanya menerima dos pertama, sejak PICKids dimulakan 3 Februari, dengan semalam sahaja seramai 17,784 kanak-kanak menerima suntikan itu.

Keseluruhannya sejak 24 Februari tahun lalu hingga semalam, hampir 67.87 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan, termasuk kepada rakyat asing di Malaysia.

Daripada jumlah itu, 25,763,360 atau 78.9 peratus populasi telah lengkap divaksinasi, manakala 27,200,607 atau 83.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR